Ibuku seorang Pembohong
by CHANGES ZONE on Nov.22, 2009, under
Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah
yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!!
Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu
membohongi saya. Saya perlu catatkan segala
pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya
lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah
keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami
sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari
kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi
satu keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja
merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang
banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu
sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya.
Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata
: ""Makanlah nak ibu tak lapar."
PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.
Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering
meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di
tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan
hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan
untuk membesarkan kami adik-beradik.
Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang
segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan
gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan
sisa daging ikan yang masih menempel di tulang
daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi..
Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya
tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya
memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan
cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." –
PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah.
Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu
lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan
saya,abang dan kakak.
Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya
terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih
denagn beremankan sebuah pelita di hadapannya.
Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk
kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah,
esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum
dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi."
– PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.
Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja
supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk
menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah
siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu
terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu
seringkali saja tersenyum dan mulutnya
terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus
ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah
selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan
menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol
yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat
dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera
memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya
minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata :
"Minumlah nak, ibu tak haus!!"
– PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas
saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang
mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.
Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu
lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan
keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat
keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik
yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami,
datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak
bantuan itu.
Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya
menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan
menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.
Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan
nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan
cinta saya, tidak perlukan lelaki."
– PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai
bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh
ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah
lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk
mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi
ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk
memenuhi keperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar
sering mengirimkan uang untuk membantu memenuhi
keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak
mahu menerima uang tersebut. Malahan ibu mengirim
balik uang itu dan ibu berkata : "Jangan
susah-susah, ibu ada duit."
– PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.
Setelah tamat pengajian di universiti, saya
melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di
luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai
sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu
saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun
bekerja dengan syarikat yang telah membiayai
pengajian saya juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa
ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar
negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah
payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis
dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya
ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan
pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu
tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ;
"Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang."
– PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu
malam saya menerima berita ibu diserang penyakit
kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang
ketika itu berada jauh diseberang samudera terus
segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital
setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan
sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh
kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman
biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang
menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat
dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh
ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata.
Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi
dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih,
sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini.
Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan
menangis nak, ibu tak sakit."
– PEMBOHONGAN IBU YANG KEDELAPAN.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah.
Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda
jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang,
dan berkata, 'Ibu, saya sayang ibu.
0 comments